Tutor buat anak anda - Suatu kemestian?

Posted by FB: Hasliza Hj Hashim | 9:43 AM | 0 comments »



Tutor buat masa kini boleh dianggap sebagai suatu keperluan tambahan buat pelajar. Sebagai seorang pelajar, kadang-kadang adalah amat sukar bagi mereka untuk memahami satu-satu subjek yang disampaikan oleh guru di kelas. Lihat sahaja suasana kelas yang hingar-bingar, hiruk-pikuk dengan pelbagai karenah pelajar, bising, mungkin menyebabkan suara cikgu yang mengajar pun kurang kedengaran… Adakah keadaan seperti ini dapat membantu anak anda untuk fokus sepenuhnya kepada subjek tersebut? Kebiasannya, keadaan ini adalah kurang membantu terutama bagi pelajar yang sukar untuk fokus.

Ada apa dengan tutor?

Sebenarnya, tutor boleh memberikan pelbagai impak yang besar kepada pelajar. Tutor boleh diertikan seperti seorang guru, cuma mereka mengajar dalam kelompok yang kecil, antara 1 hingga 15 orang (bilanga pelajar paling maksimum). Tutor dapat menyuntik semangat kepada pelajar untuk lebih berjaya dalam pelajaran selain daripada menyampaikan teknik-teknik belajar dengan lebih berkesan. Dengan adanya tutor,pelajar biasanya akan lebih fokus, tidak segan untuk bertanya, bersemangat untuk maju ke hadapan dan sentiasa yakin diri untuk berjaya dalam setiap subjek yang diambil.

Pandangan terbuka buat ibu bapa

Sebagai ibu bapa, ini bukanlah suatu kemestian bagi mereka untuk mendapatkan seorang tutor buat anak anda. Tetapi, ia adalah suatu kelebihan bagi anak anda sekiranya mereka mendapat seorang tutor yang benar-benar berkualiti. Sekiranya anak anda boleh menumpukan perhatian apabila belajar bersama-sama dengan rakan-rakannya, anda boleh menghantar mereka ke Pusat Tusyen di bawah jagaan seorang Tution Tutor. Tapi, mengambil seorang Home Tutor adalah lebih baik sekiranya anak anda merupakan seorang pelajar yang sukar untuk fokus dan catch-up bila berada dalam kelompok pelajar yang ramai.

Segalanya terpulang kepada anda, anda berhak menentukan apa yang terbaik buat anak anda. Cuma saya berpendapat, pentingkan kualiti dahulu sebelum kuantiti. Jika menghantar di Pusat Tusyen, bayaran mungkin sedikit kerana bilangan mereka untuk sesebuah kelas mungkin dalam 10 orang…tapi berbaloikah…? Fikir-fikirkan…